Saturday, 2 March 2013


                              BISMILLAH HIRRAHMAN NIRROHIM

LATAR BELAKANG SYARIKAT

PENGENALAN

·         Suffi Global adalah sebuah syarikat milikan bumiputera sepenuhnya serta bergiat aktif didalam industri perniagaan berhubungkait pertanian pada Januari 2010.Di tubuhkan/di daftarkan pada 03 Disember 2012, beralamat: 18/4836, Lrg Kg. SC 1, Batu 4 ½, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR dan tempat perniagaan No BT 1, Kawasan industri Mara(KIM), Batu 5, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang. Syarikat amat peka terhadap perkembangan pertanian Negara dan menganggap bahawa sumber pembajaan yang bermutu adalah merupakan faktor utama dalam usaha meningkatkan produktiviti pertanian disamping pemuliharaan bumi pertanian Negara. 

VISI
·         Menjadi sebuah syarikat yang berupaya membekalkan produk-produk pertanian khususnya dalam industri baja yang berteknologi tinggi serta berdaya maju tanpa meminggirkan aspek pencemaran yang mengancam ekologi dan ekosistem dibumi ini.
·         Menjadi pembekal produk baja utama untuk pertanian khususnya didalam Negara dan amnya di peringkat antarabangsa.

MISI
·         Menjadi salah satu pemasar dan pengedar baja dan perawat tanah dalam industri pertanian.
·         Menyediakan produk-produk yang praktikal dan kompetatif tanpa mengurangi aspek pengeluaran perusahaan petani samada yang diusahakan secara komersial, sederhana ataupun tradisional.
·         Menyediakan produk yang berkualiti demi merealisasikan sebahagian misi wawasan 2020 agar negara mampu membekalkan sumber makanan yang mencukupi seterusnya mengurangi ancaman kebuluran.
·         Menjadi sebuah syarikat yang beretika dalam pengeluaran produk-produknya agar pengguna dan masyarakat tidak lagi terdedah dengan ancaman bahan bukan organik.
·         Mengutamakan kualiti dalam pengeluaran setiap produk-produknya agar dapat mengeutamakan kepuasan pelanggan. Ini adalah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan sebelum produk itu dipasarkan.
·         Menyokong usaha kerajaan untuk merealisasikan bahawa “Pertanian adalah Perniagaan”.
·         Memupuk semangat cintakan alam sekitar dan memelihara kesuburan alam.
OBJEKTIF
·         Sebagai sebuah syarikat yang mampu bersaing dan berdaya maju dalam membekalkan produk-produk yang bermutu dan kompetatif kepada pengguna seterusnya merangsang kepada pengeluaran pertanian Negara